Home Berita Post View

Zionis Menangkap Semula Tahanan Awawdah

Jun 24, 2022 12:54 pm

 

Menurut Jabatan Kebajikan Mangsa Muhjat al-Quds, pihak berkuasa Zionis telah mengingkari janjinya untuk menamatkan penahanan pentadbiran bagi tahanan Khalil ‘Awawdah.

Kenyataan itu datang susulan daripada perintah lanjutan penahanan pentadbiran ‘Awawdah selama 4 bulan. Tindakan rejim Israel yang tidak menepati janjinya untuk tidak menahan semula ‘Awawdah jelas tidak mengendahkan kesihatan ‘Awawdah yang semakin merosot selepas melakukan 111 hari mogok lapar. 

Semalam, isteri beliau mengatakan bahawa pihak Israel telah membuat perjanjian untuk membebaskan Khalil tanpa memperbaharui hukuman penahanannya selepas mendapati kesihatannya merosot dan kemungkinan besar boleh kehilangan nyawa pada bila-bila masa.

Related