Pentadbiran penjara Israel memutuskan untuk membebaskan Khalil Awawdah pada Ahad depan selepas beliau menangguhkan mogok laparnya yang berterusan selama 111 hari sebagai penolakan terhadap pentadbiran penjara.
Menurut isteri Khalil Awawdah, Israel membuat perjanjian untuk membebaskan Khalil tanpa memperbaharui hukuman pentadbirannya selepas keadaan kesihatannya merosot dan kemungkinan besar boleh kehilangan nyawa akibat dari kekurangan perhatian dan rawatan di dalam penjara. Beliau menambah bahawa butiran pembebasan suaminya masih belum jelas sama ada Khallil akan kekal di hospital yang sama atau dipindahkan ke hospital di Tebing Barat. Ini menunjukkan bahawa suami beliau mengalami kondisi kesihatan yang sangat teruk.

