Tiga pemuda Palestin cedera ditembak menggunakan peluru hidup semasa pertempuran menentang tentera Israel di kem pelarian Dheisha, selatan Bethlehem, Tebing Barat. Seorang daripada mereka ditembak di bahagian perut dan dilaporkan cedera parah. Manakala seorang pemuda lain ditembak di bahagian belakang badan dan seorang lagi di bahagian peha. Mereka berdua dilaporkan stabil.
Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel menutup jalan utama di kem tersebut, memanjat bumbung dan menggeledah beberapa buah kediaman serta bangunan. Pada masa yang sama, sebuah pertempuran ganas meletus di antara pemuda Palestin dan tentera Israel sekitar kawasan kejiranan al-Walajah yang terletak dalam kem pelarian Dheisha. Tiada kecederaan dilaporkan.

