Home Berita Post View

Rejim Zionis Menangkap 50 Pekerja Di Tebing Barat

Jun 23, 2022 12:40 pm

 

Pasukan rejim Zionis telah menangkap kira-kira 50 pekerja Palestin dari beberapa kampung dan pekan di daerah Salfit, Tebing Barat, sebelum dibawa ke penempatan Ara’el. Antara pekan terlibat adalah Haris, Deir Istiya dan Qira. 

Menurut ketua kampung pekan Haris, Omar Samara, pasukan tentera dan polis Israel menahan pekerja yang berumur di antara 20-40 tahun. Sebahagian mereka ditahan ketika operasi serbuan ke atas rumah dijalankan, manakala sebahagian lagi ditangkap ketika berdepan dengan sekatan jalan raya semasa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. 

Shaher Saad, Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Umum Palestin mengesahkan apa yang berlaku terhadap pekerja-pekerja itu adalah suatu bentuk tekanan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas mereka. 

Related