Home Berita Post View

Netanyahu Berusaha Membentuk Kerajaan Alternatif Tanpa Membubarkan Knesset

Jun 22, 2022 01:12 pm

 

Saluran 12 Israel berkata, ahli Knesset Israel akan mengundi untuk menentukan bila bacaan awal pembubaran Knesset dilakukan.

Parti Likud, yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu berusaha untuk mengelak dan menghalang rang undang-undang untuk membubarkan Knesset selepas ia diluluskan dalam bacaan awal. Pembubaran ini adalah usaha untuk membentuk kerajaan alternatif tanpa melalui pilihan raya.

Bagi mencapai matlamat ini, parti Likud memberi tekanan kepada ahli Knesset dari parti pembangkang Tikva Hadshah yang diketuai oleh Gideon Sa'ar. Tikva Hadshah setakat ini menegaskan pendiriannya enggan memasuki gabungan kerajaan yang diketuai oleh Netanyahu. Parti Likud juga mencadangkan kepada Menteri Pertahanan, Benny Gantz untuk membentuk kerajaan alternatif yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu, dengan syarat dia memegang jawatan Perdana Menteri sementara sehingga pembentukan kerajaan selesai dan Knesset memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan. Dia juga diamanahkan untuk memimpin kerajaan selama setahun, selepas pembentukan kerajaan alternatif, namun Benny Gantz enggan berbuat demikian.

Related