Beberapa pemuda tercedera dan selebihnya telah ditangkap semasa ops penangkapan dan carian yang dilakukan oleh tentera Zionis di beberapa kawasan Tebing Barat.
Difahamkan pertembungan tersebut berlaku di kem pelarian al-Jazalun, Ramallah dan di kem pelarian Qabatiya, Jenin.
Persatuan-persatuan yang menguruskan hal ehwal banduan melaporkan pasukan askar Israel telah menangkap kira-kira 19 rakyat Palestin, melibatkan kanak-kanal lelaki, bekas tahanan dan ketua Gerakan Jihad Islam (JIP), Yusuf Ghwanma. Mereka ditahan atas kesalahan penentangan terhadap warga dan tentera Israel. Ops penangkapan dan pencarian yang dilakukan oleh Israel ini menyasarkan bandar Nablus, Ramallah, Betlehem.

