Tentera Israel menangkap sepuluh orang rakyat Palestin dari Tebing Barat termasuk seorang wartawan.
Pejabat Penerangan Tahanan menyatakan bahawa tentera Israel menyerbu bandar Hebron dan menangkap seorang wartawan, Mus’ab Qafisha di rumahnya, dan seorang pemuda yang lain.
Sementara itu di Ramallah, tentera Israel menahan empat orang rakyat Palestin. Antara mangsa yang terlibat ialah saudara kepada tahanan yang bernama Malik Hamid, seorang pelajar sekolah menengah dan seorang tahanan yang ditangkap semula, Khalil Dwaikat selepas beberapa jam dibebaskan.

