Seorang tahanan, Wafaa Al-Ahrar yang ditangkap semula telah menghantar mesej dari dalam penjara Israel sebelum mereka memulakan mogok lapar secara terbuka sebagai protes terhadap penahanan mereka secara berterusan oleh Israel.
Para tahanan berkata, “Hari ini kami menyeru dengan suara yang lantang, dengan slogan, kami menuntut hak kebebasan daripada pemilik setiap hati nurani di dunia ini.” Mereka menegaskan bahawa mereka tidak akan berdiam diri bermula hari ini kerana Israel menangkap mereka di luar kerangka undang-undang dan kerangka persefahaman. Mereka akan menentang habis-habisan isu ini dan menyeru wakil kerajaan Mesir agar menjalankan tugas perlindungan terhadap mereka.

