Al-Akhbar, platform media milik Lubnan melaporkan bahawa gerakan HAMAS telah menghubungi wakil kerajaan Mesir. Dalam perbualan telefon tersebut, HAMAS menegaskan penolakan mereka terhadap pembunuhan yang berlaku di kem pelarian Jenin.
Akhbar tersebut menambah, HAMAS memberi amaran bahawa jenayah tersebut telah mengakibatkan tiga orang pejuang Palestin syahid. Sekiranya jenayah ini berulang lagi, ia berpotensi mencetuskan pertempuran besar di kawasan Palestin.
Mereka menegaskan bahawa peluru berpandu yang mendarat di dalam wilayah Palestin dua hari lalu merupakan mesej kepada Israel. Selain itu, HAMAS juga menyatakan keseimbangan Gaza-Jenin akan berterusan dan barisan hadapan mereka tidak akan bertenang selagi terdapat pelanggaran di kawasan Palestin yang lain.

