Home Berita Post View

Al Jazeera Siar Gambar Peluru Yang Membunuh Shireen Abu Aqleh

Jun 17, 2022 12:36 pm

Agensi berita Al Jazeera menyiarkan gambar peluru yang menyebabkan kematian wartawannya, Shireen Abu Aqleh.

Siasatan yang dijalankan oleh Al Jazeera mengatakan bahawa peluru itu dilepaskan daripada senapang M4 berkaliber 5.56 mm yang digunakan oleh pasukan tentera Israel. Peluru tersebut didapati rosak selepas memasuki kepala Shireen dan mengenai topi keledar yang dipakainya.

Analisis Al Jazeera adalah berdasarkan kepada pendapat pakar dalam bidang ketenteraan. Mereka mendapati bahawa peluru yang digunakan dalam pembunuhan Shireen ialah jenis armor-piercing. Selain itu, pengarah pejabat Palestin dan wakil dari Human Rights Watch mengesahkan kepada Al Jazeera bahawa semua bukti menunjukkan bahawa peluru itu datang daripada senjata milik tentera Israel.

Related