Menurut laporan dari TV Israel saluran 11, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett telah mengadakan perbincangan politik di ibu pejabat Kementerian Tentera Zionis di Tel Aviv, untuk pembangunan kerajaan alternatif dalam Knesset dengan kerjasama bekas perdana menteri, Benjamin Netanyahu.
Perbincangan ini dibuat berdasarkan krisis yang melumpuhkan prestasi kerajaan Israel dan kegagalan dalam meluluskan undang-undang di Knesset. Pihak Bennett bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Netanyahu. Walaubagaimanapun, mereka menafikan bahawa kerjasama dengan bekas perdana menteri itu tidak mudah seperti dijangka memandangkan isu yang akan dibawa adalah untuk memulihkan kestabilan kerajaan gabungan sedia ada.

