Home Berita Post View

Zakaria Zubeidi Melancarkan Mogok Lapar

Jun 15, 2022 12:24 pm

Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan bahawa seorang tahanan yang bernama Zakaria Zubeidi, berusia 45 tahun kini ditahan di sel pengasingan diri di penjara Ayalon. Beliau berada di dalam sel tersebut dalam keadaan yang sukar dan telah melakukan mogok lapar secara terbuka buat hari yang ke 11.

Jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa mogok lapar yang dilakukan oleh Zakaria Zubeidi merupakan sokongan buat dua tahanan lain iaitu Raed Rayan dan Khalil Awawda yang turut berbuat demikian. Beliau tidak akan berhenti melakukan mogok lapar ini sehingga dua orang tahanan tersebut dipindahkan ke hospital awam berikutan keadaan kesihatan mereka yang semakin merosot. 

Zakaria Zubeidi merupakan salah seorang tahanan yang berjaya membebaskan diri melalui terowong di penjara Gilboa namun telah ditahan semula.

 

Related