Home Berita Post View

Serangan Dari Tentera Israel Dan Warganya Di Silwan

Jun 14, 2022 11:47 am

 

Puluhan rumah rakyat Palestin di kejiranan Batn al-Hawa di Silwan, Baitul Maqdis, diserang dengan bom gas beracun, batu dan kayu oleh warga Israel sehingga menyebabkan mereka mati lemas.

Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh - Baitul Maqdis, tentera Zionis menangkap dua pemuda selepas memukul mereka dengan teruk; menyerang seorang pemuda sehingga patah jari; melemparkan bom bunyi serta gas ke bangunan kediaman rakyat Palestin; dan menyasarkan beberapa pemuda dengan peluru logam. Serangan itu mencederakan puluhan penduduk setempat yang kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya.

Related