Akhbar Israel Today mendedahkan rancangan Israel untuk menubuhkan taman negara di atas sejuta ekar tanah yang terletak di antara Baitul Maqdis dan Laut Mati.
Akhbar itu menegaskan bahawa rancangan ini adalah yang "utama" dalam mengubah ciri-ciri kawasan tersebut sebelum menjadikannya sebagai destinasi bagi pendatang Israel yang melancong ke sana. Pelan strategik telah disiapkan dan kerja-kerja oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab juga sudah bermula.
Akhbar tersebut menjangkakan rancangan tersebut bakal mendapat kecaman antarabangsa kerana ia menjejaskan lagi "penyelesaian dua negara."

