Kumpulan dan gerakan pejuang Palestin menyeru perluasan aktiviti menyokong para tahanan Palestin terutama yang melakukan mogok lapar dan menjadikan Jumaat depan sebagai hari pertembungan terbuka dengan pihak Zionis. Seruan yang datang selepas mesyuarat tergempar mereka di Gaza ini juga menggesa solidariti sedunia untuk menekan Israel hentikan penindasan hak-hak tahanan.

