Tahanan yang bernama Abdullah al-Barghouti meneruskan mogok lapar secara terbuka untuk hari keempat sebagai protes terhadap pengasingannya dan larangan daripada menerima pelawat oleh pentadbiran penjara Israel .
Anak perempuannya, Tala, berkata dalam akaun Twitter beliau: "Ayah saya, jurutera Abdullah al-Barghouti, dijatuhi hukuman 67 iaitu hukuman penjara seumur hidup. Beliau berjuang mengosongkan perut untuk hari keempat berturut-turut sebagai tindak balas kepada kebiadapan pentadbiran penjara... Jadi, jangan lupakan dia," tegas beliau. Tala menjelaskan bahawa larangan tersebut telah dilaksanakan kepada bapanya selepas keluarganya mendapat permit melawat baru-baru ini.
Pengurungan Abdullah al-Barghouti telah memasuki tahun ke-20, menjadikan beliau sebagai tahanan paling lama dalam sejarah.

