Home Berita Post View

Penduduk Palestin Serang Warga Israel Dan Membakar Ratusan Pokok Zaitun

Jun 10, 2022 12:19 pm

 

Penduduk Kampung Izbat at-Tabib yang terletak di timur Qalqilya, menyerang warga Israel yang menyerbu kampung dan menceroboh kediaman penduduk, manakala ratusan pokok zaitun dibakar di barat Jenin, Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh warga Israel menyerang kediaman penduduk di Izbat at-Tabib dengan membaling batu ke kediaman tersebut sebelum penduduk kawasan itu melakukan serangan balas. Di Jenin, tentera Israel melepaskan suar atau flare bombs di langit kawasan perkampungan Rumana yang terletak di barat Jenin. Kejadian ini menyebabkan berlakunya kebakaran yang melibatkan ratusan batang pokok zaitun terbakar.

Related