Home Berita Post View

Tahanan ‘Awawda Dikejar Ke Hospital Selepas Kemerosotan Kesihatan

Jun 10, 2022 12:17 pm

 

Menurut Kelab Banduan Palestin, pentadbiran penjara Israel telah memindahkan banduan Khalil ‘Awawda dari penjara Ramla ke hospital, setelah kemerosotan kesihatan yang serius, kesan dari mogok lapar yang dilakukannya selama 100 hari.

Dalam satu kenyataan, kelab itu menjelaskan bahawa pentadbiran penjara enggan memindahkan Khalil secara kekal ke hospital. Dan mereka - pihak penjara - hanya menjamin beliau untuk mendapatkan rawatan sementara di hospital dan perlu ditahan semula di penjara. 

Beberapa hari lalu, Bahagian Pengurusan Banduan dan Bekas Banduan telah memberi amaran tentang "kemerosotan kesihatan secara tiba-tiba" yang mungkin membawa kepada kematian banduan ‘Awawda.

‘Awawda mengalami sakit sendi, sakit kepala, pening yang teruk; penglihatan kabur sehingga mengalami kesukaran untuk berjalan. Beliau digerakkan menggunakan kerusi roda.

Related