Sebuah pertempuran ganas dan serangan tembak-menembak meletus di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.
Di Baitul Maqdis, beberapa pemuda Palestin menyerang sebuah kereta yang terdapat dua orang tentera Israel di dalamnya selepas mereka memasuki bandar Issawiya. Serangan tersebut telah mengakibatkan kecederaan salah seorang daripada mereka. Sementara itu, pertempuran meletus berikutan tentera Israel bergerak ke bandar itu dan menutup semua pintu masuk dan keluarnya. Mereka melepaskan bom bunyi dan gas beracun secara meluas serta menangkap beberapa orang pemuda Palestin.
Selain itu, sebuah pertempuran ganas berlaku antara tentera Israel dan penduduk Palestin di bandar Tammun, Tubas yang terletak di Tebing Barat. Pasukan pejuang Palestin berhadapan dengan tentera Israel yang menyerbu kawasan kejiranan di bandar Nablus. Kejadian ini telah mencederakan dua orang pemuda Palestin. Di Jenin pula, seramai tiga orang pemuda Palestin telah mengalami kecederaan akibat terkena peluru hidup.

