Home Berita Post View

Tunisia Menafikan Sebarang Pendekatan Bersama Israel

Jun 09, 2022 12:53 pm

 

Kementerian Dalam Negeri dan Imigresen Tunisia menafikan wujudnya usaha normalisasi antara Tunisia dan Israel.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan rasmi di halaman Facebook menafikan secara terus terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh beberapa laman web yang berpihak kepada Israel mengenai kewujudan rundingan diplomatik dengan Tunisia. 

Mereka menambah lagi bahawa khabar angin ini adalah untuk merosakkan imej mereka terhadap pendirian mereka dalam menyokong hak Palestin.

Tunisia menegaskan bahawa mereka tidak berminat untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, dan akan terus menyokong perjuangan Palestin serta rakyatnya sehingga hak mereka dikembalikan. Perkara yang paling utama ialah penubuhan negara Palestin dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negaranya.

Related