Menurut sumber tempatan, puluhan warga Israel telah menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud - suatu tulisan yang mencakupi keseluruhan penuh hukum dan tradisi Yahudi.
Sumber-sumber itu menambah, pencerobohan yang dilakukan oleh warga Israel itu dalam bentuk kumpulan dan mereka melakukan provokasi di sekitar pekarangan masjid, dengan perlindungan daripada tentera Zionis di Pintu al-Mughrabi.
Masjid al-Aqsa diceroboh warga Israel setiap hari, pagi dan petang kecuali Jumaat dan Sabtu. Pencerobohan ini bertujuan untuk mendapatkan pembahagian masa dan tempat bagi mereka melakukan ritual di Masjid al-Aqsa.

