Home Berita Post View

21 Orang Penduduk Palestin Ditangkap Di Tebing Barat

Jun 08, 2022 01:03 pm

 

Tentera Zionis telah melancarkan serangan di kawasan Tebing Barat yang mengakibatkan seramai 21 orang penduduk Palestin ditahan.

Selain itu, tentera Zionis menceroboh beberapa buah bandar di Jenin, Ramallah, Nablus, Jericho dan Tulkarm serta menangkap beberapa orang pemuda Palestin. Kebanyakan daripada mereka merupakan tahanan yang telah dibebaskan. Sumber tempatan melaporkan bahawa Zionis telah menahan pemimpin HAMAS dan seorang tahanan yang dibebaskan, Rafat Nassif ekoran pencerobohan ke atas kediamannya di Tulkarm.

Related