Pusat Hak Asasi Palestin mengeluarkan laporan pencabulan hak asasi manusia yang diamalkan oleh warga Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah-wilayah mereka. Dalam laporannya, jawatankuasa tersebut melaporkan bahawa pencabulan yang dilakukan itu merangkumi undang-undang kewarganegaraan dan kesan diskriminasinya; pencegahan penyatuan keluarga Palestin; perpindahan secara paksa warga Palestin di padang pasir Negev; peningkatan serangan terhadap rakyat Palestin pada 2021 dan 2022; serangan ke atas pembela hak asasi manusia; serta meletakkan enam organisasi hak asasi manusia dan masyarakat sivil dalam kategori “organisasi pengganas.”
Pusat tersebut akan terus mengeluarkan laporan dan bukti kepada Suruhanjaya Siasatan Bebas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap wilayah Palestin, mendedahkan amalan dan dasar rasisme zionisme.
Kementerian Luar Palestin mengalu-alukan laporan yang membuktikan bahawa warga Israel dan diskriminasi perkaumannya terhadap rakyat Palestin yang menjadi dua sebab utama berlakunya ketidakstabilan setempat.

