Menurut akhbar Wall Street Journal (WSJ), para pegawai Saudi dan Israel mengatakan terdapat kemungkinan untuk mengambil langkah beransur-beransur ke arah normalisasi, sebelum menyelesaikan konflik Palestin-Israel.
Akhbar tersebut turut mengatakan bahawa Arab Saudi dan Israel tidak sabar untuk memperdalam hubungan ekonomi dan memperlebar rundingan rahsia yang serius terhadap pembinaan hubungan perdagangan serta pengwujudan pengaturan keselamatan baharu.
Akhbar WSJ juga memetik kenyataan seorang pegawai Arab Saudi yang berbunyi, “Jika HAMAS menjalin hubungan dengan Iran untuk melindungi dirinya, mengapa kita tidak perlu menjalinkan hubungan dengan Israel untuk melindungi diri terhadap Iran?”
Arab Saudi dan Israel cuba menjalinkan hubungan dengan bantuan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden. Antara tujuan perjanjian adalah memperluas hak pesawat komersial dari wilayah jajahan untuk memasuki ruang udara Arab Saudi, sekaligus membuka jalan bagi kerajaan Saudi untuk menguasai sepenuhnya dua pulau strategik di Laut Merah.

