Menurut sumber Israel yang diterima dari tentera Zionis, tentera mereka menahan tiga rakyat Palestin di selatan Semenanjung Gaza kerana didakwa cuba untuk menyusup masuk ke dalam kawasan yang dijajah melalui pagar elektrik.
Sumber tersebut turut menceritakan bahawa dua bom tangan dan sebilah pisau ditemui bersama dengan tiga tahanan yang dipercayai untuk menggunakannya di wilayah jajahan. Kesemua senjata itu berjaya dirampas untuk siasatan.

