Home Berita Post View

Seorang Pemuda Syahid, Seorang Lagi Cedera

Jun 03, 2022 11:40 am

 

Seorang remaja lelaki Awdah Awdah, 17, ditembak mati oleh tentera Zionis di Kampung Medea, barat Ramallah, tengah Tebing Barat.

Menurut sumber di kampung itu, tentera Zionis dengan sengaja menembak dada Awdah ketika beliau berada di tembok pemisah yang terdapat di sana. Beliau dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan tetapi malangnya tidak berjaya diselamatkan. 

Manakala, seorang lelaki muda cedera terkena peluru logam di muka semasa pertembungan dengan warga Israel di Kampung Nabi Saleh, barat laut Ramallah. Pertembungan itu berlaku selepas warga Israel - yang berada di bawah perlindungan tenteranya - menyerbu kawasan timur kampung dan cuba menurunkan bendera Palestin, menyebabkan berpuluh-puluh pemuda Palestin berhadapan dengan mereka.

Related