Kumpulan ekstremis Pertubuhan Haikal menyeru untuk melaksanakan pencerobohan secara besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa yang dijadualkan pada Ahad dan Isnin depan untuk meraikan Hari Nuzul Taurat bagi memperingati 55 tahun Israel menjajah masjid tersebut.
Kumpulan tersebut fokus kepada perayaan ini dengan melakukan sujud al-malhami di pekarangan masjid serta mendirikan ritual Talmud secara terbuka dan berjemaah. Oleh itu, gerakan pemuda dan gerakan Baitul Maqdis mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Jumaat pada esok hari sebagai penegasan bahawa itu ialah tanah Arab dan Islam.
*Pertubuhan Haikal ialah sebuah pertubuhan yang mengumpulkan organisasi-organisasi perkauman dan agama Yahudi yang ingin menakluki Masjid Al-Aqsa kerana menganggapnya sebagai lokasi asal Haikal Sulaiman.
*Sujud al-malhami ialah ritual yang dilakukan secara meniarap dan muka dihadapkan ke bawah. Ia merupakan tingkatan khusyuk yang paling tinggi dalam ritual Tauratiyyah.

