Home Berita Post View

Undang-Undang Melarang Mengibarkan Bendera Palestin Dalam Kawasan Dijajah

Jun 02, 2022 11:44 am

 

Parlimen Israel (Knesset), telah mengesahkan bacaan pertama rang undang-undang pengharaman menaikkan bendera Palestin di mana-mana institusi yang berada di wilayah dijajah.

Menurut akhbar Yedioth Ahronoth, Knesset meluluskan undang-undang tersebut setelah diundi oleh 63 suara dari keseluruhan 79. Majoriti suara undi yang menolak adalah dari Parti Senarai Arab Bersatu (UAL).

Draf undang-undang tersebut menyatakan larangan menaikkan bendera musuh negara dalam semua institusi termasuk universiti. Undang-undang ini dikenakan ke atas bendera Palestin, walaupun pada masa yang sama ia tidak diiktiraf oleh mereka sebagai sebuah negara.

Related