Majlis Perbandaran Israel di bandar Baitul Maqdis merancang untuk mendirikan pusat persidangan Yahudi baru terbesar di tanah Jabel Mukaber di bandar Silwan, yang terletak di tenggara bandar berkenaan.
Penyelidik Hal Ehwal Baitul Maqdis, Fakhri Abu Diab berkata bahawa kerajaan Israel bersetuju untuk menubuhkan pusat persidangan baru terbesar Yahudi bagi menarik kira-kira tiga ribu orang warga Israel ke kawasan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa Israel memilih kawasan ini kerana kepentingan lokasinya yang strategik dan akan menubuhkan beberapa buah hotel yang besar di penempatan Armon HaNetziv yang dibina di atas tanah Jabal Mukaber sempena ulang tahun ke-55 Israel menjajah Baitul Maqdis.
Baru-baru ini, rancangan besar Israel untuk membina kompleks hotel baharu telah dipromosikan di kawasan berhampiran laluan pejalan kaki yang menghadap ke Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa.

