Liga Negara-negara Arab mengumumkan pada 11 Mei setiap tahun merupakan hari solidariti bersama media Palestin di mana tarikh tersebut merupakan hari wartawan veteran AlJazeera, Shireen Abu Aqleh terbunuh.
Mereka menyatakan bahawa mereka telah menyelesaikan semua prosedur bagi meluluskan permintaan negara Palestin yang dikemukakan oleh Kementerian Penerangan Palestin untuk menerima pakai hari ini sebagai hari solidariti bersama media Palestin. Penolong Setiausaha Agung Liga Negara-negara Arab, Ahmad al-Khattabi menegaskan bahawa mereka telah menyebarkan permintaan kepada semua perutusan tetap, delegasi dan semua wakil yang berkaitan untuk diterima pakai pada sesi Majlis Menteri Penerangan Arab yang akan datang.

