Home Berita Post View

Pentadbiran Amerika Syarikat Memutuskan Untuk Mengambil Langkah “Positif” Terhadap Palestin

May 31, 2022 12:48 pm

 

Menurut sumber Israel, pentadbiran Amerika Syarikat telah memutuskan untuk membina hubungan positif dengan pihak berkuasa Palestin, dalam memperkukuhkan kuasanya di negara itu. 

Laman The Times of Israel juga melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengambil keputusan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi dengan pihak berkuasa dan tidak akan membuka semula konsulat Amerika di timur Baitul Maqdis, berikutan penolakan kerajaan Israel. Laman web tersebut memetik dua sumber rasmi - satu dari Palestin dan satu dari Amerika Syarikat - bahawa Biden memutuskan untuk melantik seorang diplomat, Hadi Amro sebagai utusan khas di Palestin. Lantaran itu, Jabatan Susulan Hal Ehwal Palestin bawah kelolaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitul Maqdis mula menghubunginya dan bukan dengan duta Amerika Syarikat yang berada di sana.

Related