Tentera Zionis melancarkan serangan dan pencerobohan di Tebing Barat. Sejumlah penduduk Palestin telah ditahan manakala pertempuran tercetus di dua tempat iaitu bandar Jenin dan bandar Hebron.
Di Bethlehem, tentera Zionis mencederakan seorang pemuda Palestin dengan teruk semasa pencerobohan mereka ke atas bandar Tuqu’ dan menculik pemuda tersebut selepas itu. Sementara itu, Zionis telah menahan lebih daripada lapan orang pemuda Palestin dan ada di antara mereka cedera ditembak semasa pertempuran berlaku antara para pemuda dan tentera Zionis. Dalam pertempuran tersebut, tentera Zionis telah melepaskan beberapa butir peluru ke arah mereka. Selain itu di Jenin, sebuah pertempuran telah tercetus namun tiada kecederaan dilaporkan.

