Penasihat media gerakan HAMAS, Taher al-Nono berkata bahawa ketua gerakan HAMAS menegaskan kepada beberapa pihak bahawa apa yang berlaku di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa tidak akan dimaafkan.
Kenyataan ini dibuat selepas terdapat beberapa pihak menghubungi Ismail Haniyeh bagi membendung keadaan dan tidak memburukkan perkara yang berlaku sekarang. Beliau menegaskan lagi bahawa pejuang Palestin akan meneruskan perancangannya sehingga warga Israel ‘bersih’ dari tempat suci ini.
Taher al-Nono menambah lagi bahawa Ismail Haniyeh enggan memberi perjanjian atau jaminan kepada mana-mana pihak berkenaan situasi di Palestin.

