Home Berita Post View

Al-Jazeera Memutuskan Untuk Merujuk Fail Kes Pembunuhan Wartawannya Ke Mahkamah Antarabangsa

May 27, 2022 12:43 pm

 

Rangkaian al-Jazeera yang berpusat di Qatar berkata bahawa mereka memutuskan untuk merujuk fail pembunuhan wartawannya, Shireen Abu Aqleh kepada Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa dengan kerjasama pakar undang-undang antarabangsa.

Keputusan al-Jazeera dibuat selepas Peguam Negara Palestin, Akram al-Khatib mengumumkan semasa sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat presiden di Ramallah yang terletak di Tebing Barat bahawa tentera Israel telah membunuh Shireen Abu Aqleh dengan sengaja. Beliau menyatakan lagi bahawa pasukan tentera Israel mengetahui dengan jelas mengenai lokasi kehadiran para wartawan di Jenin, secara tidak langsung Shireen Abu Aqleh turut berada. Tegas beliau, wartawan wanita tersebut disasarkan secara langsung dan sengaja oleh tentera Israel yang dalam masa sama melepaskan tembakan kepada sesiapa yang cuba membantunya. Tambahan lagi, terdapat unsur-unsur perang semasa kejadian berkenaan. 

Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, Hussein Al-Sheikh berkata bahawa jawatankuasa itu menyampaikan salinan laporan pendakwa raya mengenai pembunuhan wartawan terbabit dan salinan akan diserahkan kepada keluarganya serta pihak Al-Jazeera.

Related