Sebuah pertempuran ganas tercetus di Jenin selepas tentera Zionis melakukan pencerobohan di kawasan tersebut serta menyerang beberapa buah kediaman milik penduduk Palestin. Tentera Zionis mempergiatkan kehadiran tenteranya di perkampungan bersebelahan dengan tembok aparteid wilayah tersebut.
Sumber tempatan menegaskan bahawa tentera Israel menceroboh bandar Jenin dan menyerang kediaman penduduk Palestin yang terletak di tengah bandar dan menyoal siasat penduduk tersebut. Pencerobohan ini telah mengakibatkan sebuah pertempuran telah tercetus di beberapa kawasan kejiranan. Selain itu, pos pemeriksaan tentera dan serangan hendap di sekitar perkampungan dan bandar tersebut terutamanya yang terletak berhampiran tembok aparteid.

