Mahkamah Tinggi Israel membatalkan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret beberapa hari lalu yang membenarkan warga Israel mengadakan ritual Talmud di pekarangan Masjid al-Aqsa.
Pihak mahkamah mewajarkan keputusannya memandangkan sensitiviti dan masalah besar yang akan berlaku apabila berkait dengan Masjid al-Aqsa. Pihak mahkamah juga mengatakan bahawa tidak ada justifikasi bagi mahkamah sebelumnya untuk mengganggu kuasa polis ke atas pengaturan solat di pekarangan Masjid al-Aqsa.

