Kumpulan bekas tahanan Israel melaporkan bahawa tentera Israel menahan seramai 22 penduduk Palestin dan ada di antara mereka merupakan tahanan yang dibebaskan. Tahanan tersebut ditahan atas alasan menyertai pertempuran menentang warga Israel dan tentera mereka.
Selain itu, sekumpulan warga Israel menceroboh bandar Huwara di Nablus dan mengibar bendera Israel dan menentang penduduk Palestin. Kejadian ini telah menyebabkan pertempuran tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Israel yang telah mengakibatkan seorang pemuda cedera di bahagian kaki kerana ditembak oleh tentera Israel.
Bandar itu menjadi saksi kepada pertempuran yang berlaku hampir setiap hari selepas warga Israel mengeluarkan bendera Palestin setiap kali pemuda tersebut menaikkannya di tiang.

