Israel sudah selesai memasang rangka lif elektrik di Masjid Ibrahimi, Hebron yang terletak di Tebing Barat. Lif ini dibina sebagai persediaan untuk memudahkan warga Israel menceroboh masjid berkenaan.
Pengarah Masjid Ibrahimi, Ghassan al-Rajabi menyatakan bahawa tentera Israel dan sebilangan besar kumpulan warga Israel membawa masuk peralatan berat dan trak yang membawa rangka lif. Lif itu dibina bagi memudahkan warga Israel untuk menceroboh masjid tersebut. Pembinaan lif ini merupakan antara rancangan untuk menghapuskan etnik Palestin bagi menjayakan projek-projek penempatan Zionis.
Isnin lalu, tentera Israel mengubah tangga masjid berkenaan untuk menukar ciri-cirinya. Pengarah Wakaf Hebron menjelaskan bahawa kerja-kerja ini merupakan pelengkap daripada penggalian yang bermula beberapa bulan lalu di pekarangan luar masjid untuk pemasangan lif. Beliau menegaskan bahawa kerja-kerja penggalian tersebut tetap diteruskan walaupun Masjid Ibrahimi dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO yang merupakan pelanggaran berbahaya terhadap semua undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

