Home Berita Post View

Dua Siasatan Dijalankan Berkenaan Pembunuhan Shireen Abu Aqleh

May 25, 2022 11:51 am

 

Agensi berita The Associated Press dan The Cable News Network (CNN) yang berpengkalan di Amerika Syarikat menegaskan bahawa mereka telah melakukan siasatan ke atas kes pembunuhan wartawan al-Jazeera, Shireen Abu Aqleh yang ditembak oleh penembak hendap Israel. 

Siasatan yang dilakukan oleh The Associated Press menyimpulkan bahawa peluru yang menyasarkan wartawan Shireen Abu Aqleh di kem pelarian Jenin, Tebing Barat kira-kira dua minggu lalu dilepaskan daripada senapang Israel. Ini telah menguatkan lagi kenyataan pihak berkuasa Palestin.

Selain itu, berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh CNN didapati bahawa tentera Israel dengan sengaja menyasarkan Shireen Abu Aqleh ketika tidak terdapat para pejuang Palestin sekelilingnya sebelum beliau dibunuh. CNN juga mengemukakan 11 klip video sebagai bukti di tempat kejadian yang memperlihatkan penembak hendap Israel dari arah yang berbeza sebelum, semasa dan selepas pembunuhan dilakukan. Bukti ini disokong oleh lapan orang saksi, penganalisis audio dan pakar bahan letupan. Kesan peluru tempat wartawan tersebut berteduh menunjukkan bahawa beliau memang disasarkan untuk ditembak. 

Related