Warga Israel membakar kenderaan milik penduduk Palestin dan memecahkan tingkap-tingkap masjid di Nablus.
Pegawai yang ditugaskan memantau aktiviti penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Daghlas menyatakan bahawa warga Israel menyasarkan sebuah kenderaan milik penduduk Palestin berhampiran pos pemeriksaan Za'tara dan membawa kepada kebakaran kenderaan tersebut. Tambahan lagi, warga Israel juga menyerang bandar Urif dan memecahkan tingkap-tingkap masjid Rabat selain menyerang kediaman di kawasan kejiranan tersebut yang terletak di utara bandar namun mereka ditentang oleh penduduk Palestin lalu tercetus pertempuran di kawasan tersebut.

