Akhbar milik Lubnan, Al-Akhbar, memetik sumber daripada pejuang Palestin berkata bahawa pimpinan pejuang Palestin mempunyai keputusan yang jelas untuk berhadapan dengan provokasi yang dikelolai oleh warga Israel dengan mengadakan perarakan bendera di Baitul Maqdis Ahad depan.
Akhbar itu memetik daripada sumber berkenaan berkata bahawa pejuang Palestin memaklumkan kepada pengantara terbaru iaitu duta Qatar, Muhammad al-Emadi, bahawa warga Israel sedang membawa keadaan ke arah pertempuran yang baru dan mereka tidak akan teragak-agak untuk mematahkan rancangan warga Israel mengawal Masjid Al-Aqsa dan membahagikan masa dan ruang sebagai permulaan untuk merobohkannya.
Akhbar itu menambah lagi bahawa pejuang Palestin meningkatkan tahap kewaspadaan di dalam Semenanjung Gaza dengan menjangkakan peningkatan dalam beberapa hari akan datang terutamanya pergerakan semua jenis dron milik Israel, pengintipan dan pengebom berani mati yang berada di kebanyakan kawasan di Semenanjung Gaza.

