Tentera wanita Israel menyerang seorang gadis manakala tentera Israel yang lain menahan dua orang kanak-kanak di bandar Hebron yang terletak di Tebing Barat.
Seorang wartawan yang bernama Amer al-Shloudi berkata bahawa beliau merakam saat tentera wanita tersebut menyerang gadis berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya dan membawanya keluar dari pekarangan Masjid Ibrahimi. Gadis tersebut diperlakukan seperti itu dengan alasan beliau berada di kawasan yang dikhususkan bagi warga Israel. Mereka juga menghalang penduduk Palestin yang lain berada di dalamnya.
Seorang aktivis, Raed Abu Rumaila menyatakan bahawa tentera Israel menahan seorang guru dan dua orang pelajar dari salah sebuah sekolah yang terletak di kota Baitul Maqdis. Kedua-dua pelajar yang ditahan berusia sembilan dan dua belas tahun. Mereka disoal siasat oleh tentera Israel sebelum dibebaskan.

