Ketua Pengarah Kompleks Perubatan al-Shifa di Gaza, Dr Mohammed Abu Salmiya menegaskan bahawa pesakit tumor di Semenanjung Gaza menjalani kehidupan yang perit apabila mereka dijauhkan daripada hak mendapatkan rawatan.
Beliau menyatakan bahawa sekatan telah dikenakan sewenang-wenangnya oleh tentera Israel terhadap para pesakit melalui pusat pemeriksaan Beit Hanoun. Ini telah mengancam nyawa berpuluh-puluh pesakit tumor yang dirujuk ke hospital di Tebing Barat dan kawasan pedalaman Palestin. Lebih daripada 35 peratus daripada pesakit tumor telah berada dalam senarai menunggu selama berbulan-bulan untuk meninggalkan Semenanjung Gaza dan menerima rawatan. Kejadian ini menyebabkan ramai pesakit mengalami komplikasi kesihatan serius yang meragut nyawa mereka.
Abu Salima menyeru pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan tindakan tidak bermoral mereka terhadap pesakit tumor.

