Jentolak tentera Israel telah merobohkan masjid Al-Sumoud di Qalqilya yang terletak di Tebing Barat atas alasan tidak mempunyai permit.
Pihak Pentadbiran Awam Israel yang terletak di Tebing Barat sebentar tadi telah mengeluarkan notis untuk merobohkan masjid dengan alasan tidak mempunyai permit selepas menghasut warga Israel menentang masjid kerana azan dikumandangkan di dalamnya. Rentetan daripada peristiwa tersebut, sejumlah penduduk Palestin diserang tentera Israel yang dilengkapi penjaga jentolak. Sebuah pertempuran antara tentera Israel telah tercetus dan mereka melepaskan tembakan menggunakan peluru logam dan bom gas. Ini telah mengakibatkan sebilangan orang awam cedera dan mengalami sesak nafas.

