Home Berita Post View

Polis Zionis Bersiap Sedia Mengawasi Perarakan Bendera

May 23, 2022 12:46 pm

 

Pasukan polis Zionis bersiap sedia untuk mengawasi keselamatan perarakan bendera yang dikelolai oleh warga Israel. Perarakan ini dijadualkan akan berlangsung pada Khamis ini. Polis Israel juga menerima permintaan untuk meluluskan penganjuran perarakan provokatif yang sama di Lod, Ramle dan Acre di kawasan pedalaman Palestin. 

Laman web Ynet milik Israel melaporkan bahawa polis Israel bersedia untuk mendesak ribuan anggotanya dan anggota pasukan Israel Border Police bagi mewujudkan zon penampan antara warga Israel yang mengambil bahagian dalam perarakan di sekitar Palestin bagi mengelakkan pergeseran antara mereka dan pemuda Palestin di kota lama dan kawasan Gerbang Damsyik. Selain itu, polis Israel juga mempergiatkan penempatan anggotanya di kawasan kejiranan Palestin di dalam wilayah Palestin.

Related