Home Berita Post View

Israel Bersiap-sedia Berhadapan Dengan Pejuang Palestin

May 20, 2022 12:56 pm

 

Tentera Zionis memulakan latihan di pusat latihan (Home Front Command) bagi mengasingkan jalan-jalan utama dalam negara tersebut untuk diguna pakai oleh tentera untuk bergerak bebas. Mereka turut menjangkakan protes dan ini membawa kepada penutupan jalan. Cara ini dilakukan agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan mereka sewaktu Perang Saif al-Quds pada bulan Mei 2021.

Seorang pegawai kanan dalam tentera Zionis memberitahu saluran 12 milik Israel bahawa selepas pencerobohan baru-baru ini ke atas Gaza, tentera Zionis memperluaskan keupayaan mereka untuk bertindak balas dengan membina dua elemen kekerasan. Pertama adalah mengasingkan jalan-jalan utama untuk menggerakkan pasukan di sana dan yang kedua untuk melindungi pasukan keselamatan.

Tentera Zionis menyiapkan pasukan bersenjata untuk menyekat demonstrasi dan memadamkan protes yang mungkin berlaku di kampung dan bandar Palestin bagi mendapatkan maruah mereka terhadap apa yang berlaku tahun lalu semasa pertempuran Saif al-Quds. Pegawai tersebut menjelaskan bahawa mereka akan membuat latihan simulasi roket jatuh di kawasan berbahaya dan penyusupan pejuang Palestin dari Gaza dan Lubnan ke kawasan pedalaman.

Related