Pertempuran meletus antara pemuda Palestin dan tentera Zionis di Dura, selatan Hebron, di mana pasukan tentera Zionis berskala besar menyerbu kawasan tersebut dan para pemuda membuat serangan balas dengan batu dan bom botol.
Di Salfit, pertempuran meletus selepas tentera Zionis melakukan pencerobohan ke atas perkampungan Hares dan menutupnya untuk hari kelima. Selain itu, pertempuran turut meletus di Qalqilya manakala tentera Zionis mengejar para pekerja Palestin yang melakukan serangan balas dengan menembak mereka.
Kejadian di Nablus, sekumpulan warga Israel menyerang kenderaan penduduk Palestin menggunakan batu berhampiran bandar Qusra, selatan bandar berkenaan dan menyebabkan kerosakan kepada sebilangan daripada kenderaan tersebut. Sementara itu, sekumpulan warga Israel dengan diiringi tentera Zionis turut menyerbu Qaryut Archaeological Spring di perkampungan Qaryut dan melakukan ritual Talmud di perkampungan berkenaan. Tambahan lagi, tentera Zionis juga menyerbu kawasan Wadi Al-Badhan dan bahagian tengah Lembah Jordan yang terletak di Nablus.

