Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) berkata bahawa Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin membincangkan isu pembunuhan wartawan Shireen Abu Aqleh semasa pertemuannya bersama rakan sejawatannya dari Israel, Benny Gantz di Washington.
Jurucakap Pentagon, John Kirby berkata Lloyd Austin menegaskan bahawa siasatan ke atas pembunuhan Shireen Abu Akleh adalah menyeluruh dan telus.
Tentera rejim Zionis telah mengelak daripada membuka penyiasatan terhadap kes pembunuhannya dan terdapat video baharu muncul pada saat-saat akhir sebelum beliau ditembak.

