Berpuluh-puluh orang penduduk Palestin cedera dan mengalami sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata semasa pertempuran di antara tentera Zionis dan penduduk Palestin yang berlaku di Tulkarm dan Tebing Barat.
Penduduk Palestin melaporkan bahawa pertempuran tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Zionis yang menceroboh kota lama dari bandar Bal’a yang terletak di timur Tulkarm. Beberapa buah kediaman penduduk Palestin telah diserbu dan di tengah bandar Kafer al-Balad tercetus sebuah pertempuran lain di mana tentera Zionis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin dan kediaman mereka.

