Tentera Zionis melakukan pencerobohan di bandar Hebron dan menahan tiga orang penduduk Palestin. Begitu juga di Beit Rima yang terletak di barat Ramallah, satu kejadian yang sama telah berlaku iaitu pencerobohan oleh tentera Zionis dan tiga orang penduduk Palestin telah ditahan di mana ada di antara mereka merupakan tahanan yang telah dibebaskan. Selain itu, seorang pemuda Palestin di Nablus dan dua orang di Baitul Maqdis ditahan oleh tentera Zionis.

